Tash Aw
Tash Aw

Tash Aw

Tash Aw, dilahirkan Ta-Shii (lahir 1973), ialah seorang pengarang Malaysia yang kurang dikenali yang telah mencapai jualan yang amat cemerlang untuk novel sulungnya, "Kilang Sutera Harmoni" (The Harmony Silk Factory). Beliau mencapai jualan sebanyak £500,000 (~RM3.5 juta) di sepuluh pasaran antarabangsa dalam tempoh sebulan daripada penerbitannya. Karya ini memberikannya "Anugerah Novel Sulung" dalam "Anugerah-anugerah Buku Whitbread" yang merupakan anugerah berprestij di Britain. Novel ini kini telah diterjemahkan dalam melebihi sedozen bahasa asing. Aw diwakili oleh ejen sastera David Godwin yang juga mewakili penulis-penulis termasyhur seperti Arundhati Roy, Jim Crace, Simon Armitage, William Dalrymple, Claire Tomalin, Ben Rice dan Alan Warner. Penerbitnya ialah Fourth Estate.Aw kini sedang menulis novel keduanya yang melatarkan Malaysia dan Indonesia pada dekad 1960-an. Beliau berkata, "Aku tidak terpesona tentang masa dahulu, tetapi terdapat suatu ungkapan usang: untuk memahami masa sekarang, seseorang mesti meninjau masa dahulu. Perbuatan ini juga memudahkanku bermain-main dengan fakta-fakta dan kemungkinan-kemungkinan, serta membentuknya. Jika seseorang di tengah-tengah kejadian itu, dia berasa amat susah hendak melihat sesuatu dengan terang. Kita memerlukan setakat jarak, termasuk jarak masa-ruang, dari dunia yang kita hidup sebelum kita dapat memahaminya."